Datuk Hasan Ali ganti Tok Guru Kedai Lalat (TGKL)

Assalamualaikum,

5 kali ambo baca berita cadangan Datuk Hasan Ali, JIKA Nuar Brehing masuk jail maka Tok Guru Kedai Lalat (TGKL) @ Tok Guru Tepi Laut (TGTL) hok jadi PM. Maka ambo cuba tenung n tilik sejenak dan ambo merasakan perkara itu teramat mustahil.

Apa yang ambo syorkan Datuk Hasan Ali yang menggantikan Tok Guru Kedai Lalat kerana beliau teramat uzur sepeti mana sangkaan Datuk sendiri dengan mengatakan “kalu umur jadi halangan….” yang membawa maksud TGKL sudah pun tua.

Ataupun jika Datuk merasakan jawatan Presiden lebih layak untuk Datuk ambo teramat bersetuju Datuk menggantikan TGTL.

Datuk memang seorang yang berani, ari tu Datuk dah tersyasyul… lalu ramaila yang pakat serang… Datuk pun mengambil sikap ‘mengalah’. Kali ini Datuk sekali lagi buat buat tersyasyul ambo nok tengok ramai mana lagi akan serang Datuk 🙂 kali ini Datuk buat 2 syasyulan. 1. Datuk mengiktiraf Nuar Brehing bersalah dan mencadangkan TGKL @ TGTL jadi PM. 2. Datuk mengkritik himpunan HARAM JADAH 901

Ambo tunggu satu lagi Datuk buat syasyulan iaitu DATUK MENGIKTIRAF SEBARANG KEPUTUSAN MAHKAMAH PADA 9/1/2012 NANTI. Selamat berjuang Datuk, semoga ALLAH memberi kesihatan yang baik untuk Datuk meneruskan usaha menegakkan Islam di Malaysia.

Wasalam

Advertisements
Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Leave a comment

Iktibar : Tolong Bersihkan Segera Sebelum Malang Menimpa

Assalamualaikum,

kata pepatah malang tidak berbau, tetapi (sebahagian) malang boleh di lihat. Kejadian ini ambo sempat rakam di ghetok (jambatan) Sungai Kelong. Terkejut kakloh bilo melihat begitu besa ‘ghebo’ yang tersangkut di bawah jambatan.

Timbul kerisauan jika hujan turun lagi seperti awal tahun baru akan menyebabkan sungai di penuhi air dan aliran yang terlampau deras boleh menyebabkan kemalangan! Bukan ambo mintok tapi tulung pakat beringat. Ada kes jambatan boleh runtuh di landa oleh ‘ghebo’ sebegini.

Bagi pihak yang berwajib tak kira la sapa mitok tulung segera la bersihkan ‘ghebo’ ini, kehe la kok mano pun. Kalu takdr runtuh (Na’uzubillah) mako ramai la akan mendapat mudhorat. Insyallah kerja membuang ‘ghebo’ ini akan di kira sebagai ‘kebajikan’, nok mitok penduduk kampung gotong-royong ambo rasa tak cukup kedeghat.

Wasalam

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Leave a comment

Temuramah : Saidi bin Husin (Bekas Pegawal Keselamatan Menteri Besar Kelantan)

Assalamualaikum,

Alhamdulilah pagi ini ambo sempat merakamkan pendedahan oleh Saidi yang pernah membongkar satu kisah yang terjadi dalam KERETAPI beberapa tahun dahulu.

Kali ini Saidi cuba membongkar kepincangan pentadbiran PAS men’dogol’kan bukit-bukit untuk mengambil kayu balak. Akibatnya???? Dengarkan pendedahan ekslusif beliau.

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment

Pasir Puteh di landa “Tsunami”

Assalamualikum,

Pagi ini ambo sempat merakamkan keadaan Kampung Sungai Gali yang di landa Tsunami!. Disebabkan kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan pembalakan secara terancam Kampung Sungai Gali, Gaal di landa Tsunami.

Kenapa Tsunami ini terjadi? Ini tidak lain tidak bukan kerana kegiatan pembalakan secara berleluasa di Bukit Lubuk Dalam. Air turun dari bukit ibarat peluru meranapkan benteng. Beribu tan pasir di bawa oleh air melanda Kampung Sungai Gali.

Dapatkah anda membayangkan perasaan penduduk di sini? Pukul 3 pagi, suasana seperti hampir kiamat, panik dan buntu untuk mmebuat keputusan, rumah bergegar di rempuh air dan pasir. Meremang bulu roma ambo dengar cerita penduduk kampung di sini. Anak-anak kecik menangis ketakutan. Air melimpah masuk ke dalam rumah dengan begitu pantas. Timbunan pasir setinggi 2 kaki di halaman rumah penduduk kampung.

20 tahun dulu perkara sebegini belum pernah berlaku, siapa yang bersalah?? Jangan di tunding jari kepada Takdir! Kerajaan PAS di mana?? Pukul 1 petang tadi ambo di maklumkan pihak Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh datang melawat. Di mana MB Kelantan?? Di mana YB Nik Mazian???? Di mana Slogan Negara Berkebajikan???

Selepas ini apa tindakan Kerajaan Negeri?? Baiki benteng sungai??? Perkara tu tidak akan menyelesaikan masalah secara total kerana PEMBALAKAN lah punca utamanya.!!!!

Di sini ambo kongsikan dulu gambar-gambar sekitar tempat kejadian. Insyallah ambo akan dedahkan lagi kegagalan tadbir urus Kerajaan Negeri Kelantan selepas ini. Insyallah selepas ini ambo akan memuat naik video rungutan penduduk Kampung Sungai Gali, menceritakan bagaimana TSUNAMI ini berlaku.

Wasalam

Posted in Uncategorized | Tagged , , | 2 Comments

57 Pelayar.

Assalamualaikum, dan salam 1Malaysia.
Malam ini jam sudah 12.27 tgh malam ambo br siap wat report sambil berFB. Hari ni perasaan bercampur gaul, suka, nak marah, geli hati, celaru, dan macam2 lagi. Kenapa? Kerana kita manusia.

Kali pertama my blog nencecah jumlah 57 pelayar dlm sehari, biasanya 5 org 3 org kekadang tu ambo sorang2 je buka :). Terima kasih kepada semua pelayar. Insyallah ambo akan update setiap hari dgn berita tempatan Pasir Puteh khususnya.

Pukul 9.00 karang Insyallah ambo akan pergi temuramah beberapa org lg rakyat P028 Pasir Puteh yg sudi berkongsi idea. Kalu dulu ambo minat dslr lerni rasa jatuh cinta kt video cameta lak.

Jika anda tidak berkenan dgn ‘posting’ ambo di harap tidak la sampai peringkat menghina. Kritikan dan teguran ilmiah ambo alukan. Ambo akan cuba upload seawal mungkin temuramah ekslusif besok. Betapa sukarnya untuk ambo mendapat peluang sebegini, Insyallah semuanya akan berjaya.

Jam sudah 12.40 tgh mala so ambo minta diri dahulu untuk metehatkan zahir dan batin ambo, semoga Allah beri kekuatan kepada ambo dan di lindungiNya dari sebarang kezaliman.

Wassalam

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment

Sekali Lagi Penyokong PAS Menganggap Pemimpin Mereka Maksum!!!!!!

Assalamualaikum,
Ramai orang komen dan tak kurang yang mengutuk bila ambo ‘cuit’ kepimpinan PAS dalam soal tadbir urus Negeri Kelantan. Apakah PAS tidak boleh di kritik??? Adakah PAS Maksum??

Maka ambo pun berjalan la di muka bumi ini mencari realiti betul ke idak pandangan ambo bahawa punca banjir kilat di Pasir Puteh adalah sebab sistem peparitan dan longkang yang tidak di urus dengan sempurna. Maka adalah sorang dua berani beri kenyataan dan pengesahan.

Bersama-sama lah kita hayati luahan hati saudara kita di Jerat Semata yang telah menerima padah akibat kealpaan pentadbiran PAS yang gagal menyediakan KEBAJIKAN kepada rakyat Kelantan. Parti mana bertanggung jawab menjaga KEBAJIKAN Rakyat Kelantan???????

Wassalam

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Komen Seorang Cikgu Kepada Bakal Cikgu (budak UPSI)

Hayatilah pandangan beliau…

Posted in Uncategorized | Leave a comment