Antara PKR dan PAS.

Assalamualaikum,

Pada hari ini ambo ingin membuat sedikit rumusan berdasarkan kajian ambo berkaitan PAS dan PKR di Pasir Puteh. Ambo mendapati ada sedikit persaingan antara kedua parti ini untuk menguasai Pasir Puteh. Selepas berlaku kejadian kehadiran YB Limbongan di Majlis Maulidur Rasul, SK Panggong (16 Feb 2012) bersekali dengan kemasukkan 70 orang penyokong PAS ke dalam PPP.

Maka selepas peristiwa itulah ambo melihat PKR cuba melebarkan sayapnya, bermula dengan Pertandingan Karom (awal Mac) di Kampung Panggong, di sinilah ada seorang ahli PKR yang sangat pro aktif. Kemudian Ramah Mesra Pemimpin PKR bersama pengunjung di Pasar Malam (10 Mac 2012). Satu stratergi yang bijok, mengedarkan risalah kepada pengunjung Pasar Malam, satu program yang berjaya mempublisitikan PKR di Pasir Puteh.

Ambo sempat berbual dengan beberapa orang kenalan dalam PAS, dia memberitahu bahawa dengan lantikan Penghulu Tanpa Mukim dari ahli PKR tersebut sedikit sebanyak terbit idea-idea yang sangat bernas. Pada mulanya ambo tidak lah menganggap ini akan menjadi sesuatu yang serius kerana rata-rata menyatakan PAS yang akan bertanding di P.028 Pasir Puteh, tetapi….

Apabila terzahir 2 iklan ceramah PKR di Merkang (23 Mac 2012 ) dan Gong Manok (24 Mac 2012) maka persepsi ambo bertukar 180 darjah! Ini mesti ada yang tak kena. Pemilihan lokasi Merkang sebagai tempat ceramah juga amat mebingungkan ambo, kerana PAS sendiri rasanya tak berani nak buat ceramah di kubu kuat UMNO. Terdekat PAS buat ceramah di PASTI Padang Pak Amat (13 Mac 2012) itu pun di kubu mereka.

Pemilihan Merkang sebagai tempat ceramah bagi ambo merupakan satu strategi yang bijak oleh PKR. Ambo juga sempat bersama di dalam majlis tersebut, ternyata berjaya menarik minat ‘Penyokong UMNO’ yang turut merasa ingin tahu terhadap sambutan program pada malam tersebut. Ambo terkejut bila jalan ‘jammed’ peeerrhghghg ni mesti ramai org hadir telahan pertama minda ambo, TAPI 🙂 cara susun stage, kerusi, gerai jualan amat strategik. 50 biji kerusi di sediakan (mengikut perkiraan ambo), yang lain kena berdiri, ber’gelewak’ di gerai dan juga duduk di kaki lima jalan.

Isi ceramah tidak penting bagi ambo sebab ambo sudah boleh meneka isi kandungan ceramah PKR / PAS. 89% adalah sindiran, kutukan, kejian, makian, hinaan, komplen, dan macam-macam lagi. Semakin ramai yang hadir semakin sedap ‘ramuan’ di masukkan dalam ucapan tersebut. Tetapi yang menarik perhatian ambo adalah strategi tempat ceramah tersebut. Ambillah dari sudut mana sekalipun anda akan mendapati kehadiran luar jangka 🙂 seolah 500 – 700 yang hadir.

Pada malam ini sekali lagi PKR cuba menyerang kubu kuat UMNO di Gong Manok! Insyallah ambo akan hadir menilai strategi mereka. Kerna di hati ini hampir yakin PKR akan cuba mempublisitikan calon mereka di Pasir Puteh :). Selamat datang Calon PKR ke Pasir Puteh, selamat jalan PAS kerana gagal membaca niat PKR! 

Oh ya dengar bisik2 semalam katanya Saifudin Nasution (Machang) akan menentang Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru) betul ke????? 

Wasalam

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s